ANIS's FotoPage

By: ANIS NISREEN NAZRY

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Friday, 21-Aug-2009 11:01 Email | Share | | Bookmark
AMBANG RAMADHAN

KIAN BERLABUH TIRAI SYAABAN,
LAMBAIAN RAMADHAN KINI DINANTI,
LUHURKAN HATI IKHLASKAN AMALAN,
MOGA IBADAT KITA ALLAH BERKATI,
SALAM RAMADHAN DARI DIRI INI..


Tuesday, 18-Aug-2009 15:33 Email | Share | | Bookmark
ARI NI NYE CITE

kawan lama yang aku ceritakan kat sini semalam dah tengok blog ni n bace apa yang aku tulis. die betul geram kat aku yang kiut ni. sabar lah ye cik chomel, puan cute suke sangat.. hehe.. len kali puan cute tulis lagi ye.. he he.

aku kat tempat keje macam biase je, cuma hari ni kelam kabut ckit pasal aku asyik berchatting je. nasib bek tak kantoi. buat pengetahuan semua, aku agak berhati-hati apabila menulis pasal tempat keje aku kat cni, sebab takut jugak my boss bace blog aku ni, tak ke mampus..


Tuesday, 18-Aug-2009 11:41 Email | Share | | Bookmark
NAK PUASA DAH

aslmkm.. dan selamat sejahtera

hari ni hari selasa, 18 ogos 2009, bersamaan dengan 27 shaaban 1430 H. justeru, bulan shaaban tinggal lagi 3 hari je lagi. ini bermaksud, lagi 3 hari kita akan menyambut bulan penuh barakah iaitu bulan ramadhan. bulan ni memang sangat dinanti oleh kita semua. ada yang menanti bulan tersebut kerana barakahnye, ada yang kerana nak menggandakan pahalanye, ada yang kerana nak berniaga n dapat keuntungan duniawi daripadanye, ada yang nak bershopping sakan dek kerana kemeriahan jualan (sale) hingga ke kaki lima dan ada yang nak menyambut ramadhan dengan bernikah kesekian kalinya serta menyambut malam pertama serentak dengan malam pembuka barakah.. malam pertama ramadhan. walau apa pun sebabnye, kita perlu memperbetulkan hati n niat kita untuk menyambut bulan ramadhan ini sebagai bulan untuk beribadah. tak leh ingat benda-benda yang tak perlu selain ibadat kepada ALLAH semata-mata. 0) insyaALLAH, aku berazam untuk memenuhi ramadhan ini dengan kesungguhan beribadat, moga aku mendapat keredhaanNYA. aku berdoa, moga-moga azam ku ini kekal hingga akhir hayat aku.



Monday, 17-Aug-2009 14:28 Email | Share | | Bookmark
kawan lama

XROOMATE YG GLAMOR
assalammualaikum..

hmm.. sekarang aku nak bercerita pasal seorang kawan lama aku lak. kawan lama aku memang lah ramai, tapi, aku nak cerita pasal insan glamor yang berasal dari negeri yang paling kuat dilanda tsumawi. negeri johor la.. kalau aku sebut je name orang ni, mesti satu uni malaya kenal die. mana taknya, die kan glamor. Nak tahu namanya/ --------------------KAMSIAH BINTI KATMAN------------------ketika aku sedang menulis page ni, aku tak henti-henti tersengih sebab teringat kenangan aku ngan die mase dulu-dulu... tapi jangan salah anggap, kam ni baik, tak suka menyibuk, tapi suke shopping, berjalan, makan, tido n macam-macam lagi. aku baru je lepas bukak frenster die.. memang banyak gambar die kat frenster. die ni memang suke berfoto.. kadang-kadang die ambik gambar sendiri, n publishkan kat frenster. tu pasal gambar die sume cantik-cntik, tak caye, tengok gambar yang aku upload ni.. gambar die kat papan iklan. glamor tuuu.. kawan aku ni memang kreatif.. aku selalu tengok die edit gambar mase kat um dulu. untuk pengetahuan semua, kam adalah roomate aku 5 sem berturut-turut. satu sem lagi aku bankrap tak mampu dok kolej, aku dok luar. so satu sem je la kami tak bersama. so sepanjang aku dok ngan kam, benda paling kelakar sekali ialah semasa kam tengok movie. kam memang selalu tengok movie, terutamanya kisah cinta. die sangat suke.. nanti ada satu tahap die akan senyum sendiri... seolah-olah die lak yang jadi heroin cite tu.. cett menyampah.. aku gak yang tak leh tido.. dengar die ketawa sorang-sorang. tapi tu la yang menyebabkan aku sayang kat kam.. sampai sekarang aku rindu kat kam. kam...kam..kam.. mybest roomate i ever had.


Monday, 17-Aug-2009 11:20 Email | Share | | Bookmark
kawan baru

 
ilhamku
tadi aku punya lah bosan tahap cipan (aku pun tak tau apa itu cipan) kat ofice, so aku pun check la mail address yang ada dalam email aku. terkejut tahap mak cipan apabila aku mendapati ada sebanyak 2214 mail address dalam buku kenalan aku. sungguh tak percaya, bila masa aku masukkan add tersebut? aku punya la nak tau siapa la punya add tu, so aku pun berchatting lah dengan mereka semua(bukan semua, sebab ada yang ingat aku nak mengurat dorang, so dorang tak jawab chatting aku) , salah seorangnya, ialah ruhaini mat darin. mungkin ada yang kenal dia. bagi yang tak kenal dia, dia ialah seorang penulis. terkejut gak mule2 bace die nye blog, macam mane la mail add seorang penulis leh masuk kat mail book aku. penulis ni dah hasilkan buku, aku tak sempat nak bace dah berapa banyak die buat buku, tapi aku tumpang bangga la jugak. ruhaini mat darin tu membahasakan dirinya sebagai aini. aini mungkin tak tahu aku ni sealiran dengannya.
aku kan minat bab bab nak menulis, cuma aku belum berkesempatan lagi je.. lagi plak aku tak ade skill. hanya ada minat semata-mata berserta segulung ijazah sarjana muda pengajian melayu yang kini berada di dalam fail..


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net